Blog Raja Blog Raja Petra MalaysiaToday.net Disekat
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini mengambil tindakan yang jarang-jarang berlaku dengan menyekat blog kontroversi Malaysia Today.
“Ia dihalang kerana didapati beberapa komen dalam laman web itu tidak senstitif, tiada batas dan menghasut,” kata ketua pegawai operasi badan itu Mohamed Sharil Tarmizi.
Sehingga jam 7 petang, Malaysiakini mendapati blog itu masih tidak dapat dilayari menggunakan tiga pembekal khidmat internet (ISP) utama – TMnet, Maxis dan Time – tetapi tiada masalah melalui Jaring.
Sekatan SKMM pertama kali diambil terhadap sebuah laman web bukan pornografi.
raja petra malaysia today controversyPengendali blog popular itu Raja Petra Kamaruddin pula berkata beliau tidak akan memprotes tindakan SKMM itu kerana ia tidak akan didengar.
Jumaat lalu, rumah beliau diserbu polis, dilaporkan berhubung siasatan akuan berkanun seorang doktor Hospital Pusrawi dalam kes liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sekumpulan polis menggeledah rumahnya dekat Bandar Baru Sungai Buloh mulai jam 8 pagi.
Polis merampas sebuah komputer riba, alat pengimbas dan beberapa dokumen dalam serbuan selama dua jam, laporan itu dipetik.
Dihubungi Malaysiakini hari ini, Raja Petra berkata polis kemungkinan memanggilnya memberi keterangan kes itu minggu depan. Berita asal
Raja Petra ketika dihubungi berikrar,
The Government has clearly broken its own promise, said Raja Petra yesterday. Asked whether he was notified of the reasons of the blocking, he answered no.
I will turn this into a big issue, no doubt. When it is known that the Government has violated the charter, MSC will die. I will personally see to it,” he said.
TMnet, the country’s biggest ISP, Maxis and Time refused to comment.
related articles
- Blog Tok Guru Nik Aziz (March 25th, 2009)
- Membeli Sambil Menderma, Hosting RM15 Sahaja (June 23rd, 2007)
- Kempen Bantu Rakan Blogger Kita (June 20th, 2007)
- E-Majalah Blogger Malaysia Pertama Dalam Bahasa Melayu (May 28th, 2007)
- Peluang Mendapatkan Free Domain Dan Free Hosting Untuk Blog Wordpress (May 15th, 2007)



September 3rd, 2008 at 2:15 pm
memang layak disekat .orang upahan buat fitnah neraka laknat tempatnya.tunggu hari pembalasan nanti.sila jawab
September 3rd, 2008 at 2:22 pm
marilah kita jadi orang yang beriman dan takut akan pembalasan allah di hari akhirat alllah maha berkuasa makhluk kejadian yang lemah
January 2nd, 2009 at 11:57 am
aku ingin sekali membuat blog yang isi nya sangat bermacam-macam