Blog Tok Guru Nik Aziz

Oleh Mohd Sayuti Omar

TOK GURU Guru Nik Abdul Aziz juga akan buka blog sendiri. Blognya akan dilancarkan pada 26 Mac ni. Makin meriahlah nampaknya dunia siber kita. Tentu blog Tok Guru itu akan popular dan dikunjungi ramai dari dalam dan luar negara. Baguslah kalau begitu. Patutnya dah lama Tok Guru buka blog sendiri.

Apapun tahniah kepada Tok Guru kerana ada blog sendiri. Didoakan pengunjung blog Tok Guru akan mengatasi pengunjungi blog Dr Mahathir dan hitnya akan tinggi.

Dengan ada blog bolehlah Tok Guru gunakan untuk berdakwah sekali. Pengisinya nanti diharap bukan saja bersifat politik, tetapi ilmu-ilmu keagamaan juga. Walaupun ada kalanya Tok Guru campur sekali ilmu agama dengan politik, dalam kuliah dan syarahannuya tetapi ada yang tidak dapat memilihnya. Jadi bercampur gaullah, macam antah bercampur dengan beras.

Ada yang dapat tangkap ada yang tidak. Bagi yang jahil kala inilah akan menganggap Tok Guru sebagai menyeleweng, buat fatwa baru dan sebagainya.

Blog adalah medium terbaik kalau Tok Guru nak bercakap soal-soal kerohanian lebih mendalam lagi. Atau mendedahkan kerahsiaan Tuhan dan manusia. Dakwah menerusi tulisan lagi berkesan. Pengisiannya juga agak detail dan tidak mengelirukan. Lagipun menerusi tulisan boleh dibuat dengan cermat dan hati-hati.

Ada hal-hal yang kalau kita berdua dengan Tok Guru terlepas juga cakapnya mengenai agama yang bersifat rahsia, tasauf. Apa kata kalau dalam blog ni Tok Guru membuka rahsia dirinya dengan Tuhan seluas-luasnya. Biarlah rahsia itu dapat dipetik dan dimanfaatkan oleh banyak orang. Misalnya mengenai amalan dan juga wirid-wirid peribadi yang menjadi amalannya sejak dulu hingga sekarang.

Saya rasa dalam banyak-banyak pengkagum Tok Guru mereka bukan saja mahu memetik dan meniru pendekatan, falsafah dan juga teknik politik, tetapi mereka juga mahu meniru dan berba’ih dengan Tok Guru sebagai tok guru.

Mengenai rahsia ketuhanan ni Tok Guru tak buka atas kedai. Dia hanya royak kepada orang terpilih dan di tempat tertentu saja. Sapa rajin geletek dan cungkilnya akan dapat. Selalunya mereka yang minat ilmu ni datang jumpa Tok Guru bukan nak minta balak atau tanah tetapi nak tambah ilmu, nak tambah iman dan taqwa kepada Allah daripada Tok Guru.

Ini kelebihan yang ada kepada Tok Guru dan tidak ada kepada Dr Mahathir Mohamad atau Tun Razak.

Apa lagi kalau ilmu dan rahsia itu ditulis sendiri ilmu itu terus datang dari hati dan turun atas kertas (skrin) dan dibaca oleh pengunjung terus masuk ke dalam hati. Jelira kata orang. Kalau tutur Tok Guru ditulis oleh orang lain banyak koner-konernya, ikut sedap dan kehendak dia saja.

Misalnya kalau Tok Guru sebut bulat, macam-macam bentuk bulat yang akan dibuat nanti, bulat leper, bulat panjang, bulat berkedut, bulat bujur dan sebagainya. Di sinilah ia memerlukan seorang yang arif dan makrifah dengan Tok Guru (ilmu) barulah akan menjelma bulat yang sengoti (sebenar).

Ada juga penulis ini bersifat yang molek ditulis, tak molek ditinggal atau ambil hak mana dia berkenan saja.

Apakah Tok Guru ada masa nak tulis sendiri blog tu nanti? Atau ada yang tukang kendalikannya? Barangkali tidak munasabah kalau Tok Guru nak tulis sendiri. Tentulah ada yang jadi tukang mengisinya.

Sangat diharap kepada orang memegang password blog Tok Guru seorang yang jujur, ikhlas dan bertanggungjawab. Jangan pula guna blog itu nanti untuk tujuan lain. Saya tak jamin Tok Guru akan memantaunya sepanjang masa. Kalau salah guna nanti nyanyalah Tok Guru.

Saya taruh kebimbangan ini, al maklumlah… . manusia ini apa-apa saja boleh jadi. Diharap pengisinya nanti benar-benar dari dhamir dan lidah Tok Guru sendiri jangan cuba nak tuil-tuil ke tujuan lain. Malang sekali kalau penjaga password itu nanti menyeleweng diselit apa-apa yang ada kepentingan atau agenda politiknya.

Saya kata ini bukan apa sekadar mengingatkan saja berpandukan kepada apa yang telah lepas. Tidak perlu cerita panjang. Selamat berblog duhai Tok Guruku.

related articles



27 Responses to “Blog Tok Guru Nik Aziz”

  1. MyAvatars 0.2 mesol kata :

    bleh tau address blog tok guru?

  2. MyAvatars 0.2 Pjuang Hijau kata :

    askum, tok guru perlu mberi nasihat kpd pmain kelate nie

  3. MyAvatars 0.2 wohgomoq kata :

    Assalamualaikum,

    Semoga ilmu2 dari Allah akan bertebaran kepada manusia ke seluruh alam. umpama molekul2 udara yang di sedut kedalam setiap rongga manusia yang mahukan kebenaran. Amin.

  4. MyAvatars 0.2 Ahmad kata :

    Nak tanya….Kelantan pernah menarik dari menghantar Qariah perempuan dalam Tilawah Al Quran. Tetapi kenapa dalam politik diberi kelonggaran, siap boleh berdemonstrasi sekali plak tu….Harap boleh jelaskan

  5. MyAvatars 0.2 AlifYaRa kata :

    Assalamualaikum

    Tak sabar tengok blog ni meriah… xde orang tau ke pasal blog ni???
    Memang hajat Tuan Guru nk berblog ke??? atau orang sesaja buat untuk kepentingan politik sendiri??

  6. MyAvatars 0.2 Siti_sarawak kata :

    Assalammualaikum..
    x sbr nak tahu blok tok guru..nak addressnya gak..Allahuakbar..

  7. MyAvatars 0.2 mohd Asri_gua musang kata :

    Membangun bersama Islam..hidup tok guru..

  8. MyAvatars 0.2 Sukeri kata :

    Blog Tok Guru di http://blogtokguru.com/

  9. MyAvatars 0.2 hana kata :

    Saya pernah berkhidmat selama hampir 5 tahun di Kelantan, bertugas di Jajahan Pasir Mas dan juga Kota Bharu. Saya seterusnya telah bertukar ke Kuala Lumpur pada Jun 2009 yang lepas. Niat Tok Guru baik dengan slogan ‘membangun bersama Islam’ tetapi selama saya berkhidmat di Kelantan tak pula saya nampak sebarang pembangunan berbentuk Islam. Jenayah curi motosikal bertambah dari tahun ke tahun….. cuba buat perbandingan dengan statistik dari pihak polis. Kes2 rogol juga naik dari tahun ke tahun terutama di Jajahan Jeli….. pemuda dan pemudi Kelantan nampak aje warak ‘AllahuAKBAR’ di sana sini berarak dengan bendera tetapi hujung minggu masuk GOLOK, THAILAND untuk bersuka ria dan bermaksiat. Mungkin orang luar tak nampak tapi bila kita dah lama duduk di Kelantan , kita nampak

  10. MyAvatars 0.2 hana kata :

    Selamat pagi Tok Guru,

    Apa yang saya perhatikan ialah Tok Guru ada BLOG, sebab orang lain pun ada BLOG tetapi yang menyedihkan BLOG orang lain sentiasa di kemaskini sedangkan BLOG TOK GURU TAKDE KEMAJUAN ATAU TIDAK DI KEMASKINIKAN mengharapkan anak2 buah sahaja. Sedangkan anak2 buah tok guru macam pakul dengan pemukul, yang hanya mereka tahu hanyalah untuk berdemotrasi di jalan2. Begini lah tok guru jemput anakbuah anakbuah tok guru datang ke Kota Bharu, Alor Star, Pemantang Pauh dan Georgetown untuk berdemotrasi di tempat-tempat tersebut. Saya bukan cerdik pandai tetapi kadang-kadang bila dengar lagu PAK PANDIR oleh penyanyi tempatan saya ambil iktibar SENI KATA NYA. ASYIK MELAUNGKAN SLOGAN, MEMAKI HAMUN POLIS YANG TAK BERDOSA AKHIRNYA ANAK BINI KAT RUMAH MATI KELAPARAN, TANAH TERGADAI KERANA ASYIK MENJADI TUNGGUL DAN PAK PACAK UNTUK KEPENTINGAN POLITIK INDIVIDU TERTENTU. KALAU MACAM INI LE, SAMPAI BILA-BILA KELANTAN TAK MEMBANGUN KAluu di beri ROYALTI MINYAK PUN TAK GUNA SEBAB DUIT ROYALTI AKAN JADI SUBSIDI UNTUK MEREKA PERGI BERDEMOTRASI DI KUALA LUMPUR. SAYA CADANGKAN BERHENTI BERPOLITIK DAN TUMPUKAN UNTUK MEMBANGUNKAN NEGERI KELANTAN, DATANG PRU 13 NANTI BERPOLITIK LE ABIS-ABIS TETAPI APA KEPUTUSAN NANTI TERIMA LAH SECARA ANAK LELAKI…… KALAU MENANG BERSORAK LE TAPI KALAU KALAH BERMURAM SUDAH LE JANGAN MENUDUH ATAU BERDEMOTRASI PULAK. WASSALLAM

  11. MyAvatars 0.2 hj mokhtar kata :

    Kepada yang berhasrat nak berblog dengan tok guru tu hati2lah sikit jangan sampai melampaui batas. Kita kena ingat ulamk itu pewaris nabi. sesiapa yang menghina ulamak sama dengan dia menghina nabi. lucutlah islam kita jika mempermainkan nabi.ulamak mana yang kita nak ikut, ulamak kerajaan dah tentu tak bebas bersuara,nak sampaikan hukumpun tunggu arahan dari kerajaan kalau macam ini sampai kiamat pun kita tak jadi manusia yang soleh. cuba lihat dah 52 tahun kita merdeka nak cakap pasal hukumpun kena gam,kena sekat nak ajar anak dirumah pun kena minta kebenaran kalau tidak kena tindakan sampai bila nak jadi macam ini. kecuali yang memerentah adalah dikalangan ulamak tu sendiri. oleh itu zaman sekarang perlulah ulamak berpolitik juga kalau tidak sampai bila pun kita dijajah oleh pemerentah yang mahukan islam,nanyalah kita jadi rakyat kalau macam ni. Sekian

  12. MyAvatars 0.2 jantan kata :

    Pedih dan sedih….ada jumpa sahabat katanya dah berhenti kerja dengan cimb. katanya tak ada future. Melayunya cuma Dato’ nazir, second layer semua bukan Melayu…katanya cimb bagi komen, melayu dah pandai berniaga so bukan melayu pandai. Saya tanya habis PKFZ siapa yang berniaga? Saya pun tanya, semenjak cimb bernama, dah tak ada ke program buka puasa? Dia kata tak ada, orang atasan cakap membazir, waduh. Habis donation maksiat tak membazir…Kalau macam ni jenuhlah kita. itulah scenario CIMB sekarang, munasabahlah saya melabor RM400k, cuma dapat rm900.00 tak sampai 1%, itu yg islamic…kalau bukan islamic baru untung banyak. Rupa2nya melayu sekarang dah tak berapa minat dengan Islam, jangan jadi melayu mutanajjis dah le…

  13. MyAvatars 0.2 sallehBador kata :

    Sahabat semua,

    Jikalau nak cari idola mestilah orang nya boleh dijadikan pedoman hidup, bukan cakap pandai , bawa al-Quran dan hadis dalam ceramah sampai menyembor air liur, tapi bila berdepan cubaan depan mata umpama wanita cantik, harta, kekayaan , pangkat dsbnya maka semua yang diungkapkan hilang malah kena pula tangkap rasuah sana sini jadi bila ada satu dua orang yang betul amanah dalam beragama maka elok kita ikutilah dia , hormatilah dia, jangan dihina dia, nasihat dia di dengar lah supaya kita jadi manusia yang berguna , kalau tidak kita akan jadi kambing jantan yang kena campak dalam sungai sebulan atau kena hujan seminggu masih berbau busuk , jadilah kita macam pokok labu yang kelihatan daun menghijau dalam diam malah didalam daun nya pula banyak buah yang enak dimakan.

  14. MyAvatars 0.2 Taman Alamanda kata :

    Assalamualaikum Tok Guru

    Kami sekeluarga sangat menghormati Tok Guru sebagai seorang yang benar-benar memegang bara api pada akhir zaman ini.

    But sad to say, I don’t think much of Kelantanese. Jarang sangat yang jumpa yang betul-betul baik. Rata-rata diaorang rasa diaorang baik sebab datang dari Kelantan. Tapi perangai tak menunjukkan ciri-ciri datang dari negeri ‘Serambi Kaabah’. They think that they are better than anybody else, which I can’t see why. The latest and best example was the football match Piala FAM lawan negeri sembilan hari tu. Buruk betul perangai. Takda langsung rasa malu, malah berbangga pulak bila dah buat macam tu.

  15. MyAvatars 0.2 Adam kata :

    saya rasa org jahat ni dah semakin ramai bukan setakat org kelantan saja tp cuba kita tgk di negeri2 lain juga, sape2 yg buat jahat akan disanjung dan ramai org yg nak b’kawan dgnnya manakala org2 yg baik akan disisih dan tak ramai pulak kawan2nya, maka adkah adil mengatakan org kelantan je yg jahat sedangkan disekeliling kita cuba kira berapa ramai org yg b’lumba2 ingin jd baik, cuma kita mentafsirkan baik dari sudut mana, adakah seseorg itu baik hanya dgn duduk diam tapi dlm masa yg sama buat rasuah, tidak sembahyang, hisap dadah dan sbgnya lagi tambah2 lagi dlm satu keluarga langsung tak sembah Allah. Kita umat islam sekarang kena beri peluang kepada unsur2 kebaikan agar dapat menenggelamkan unsur2 kejahatan demi survival umat islam amnya dan jgn meletakkan kejahatan itu di setengah2 tempat saja tapi kita kena cari kebaikan yg ada dan berikan sokongan.

  16. MyAvatars 0.2 Hamba Allah kata :

    Memang Datuk Nik Aziz tu ulama..dalam kerajaan pun ramai ulama..dalam bidang akademik pun lagi ramai ulama berkaliber..Rasulullah s.a.w kata ulama itu pewaris nabi..itupun 100% betul..tp ulama sekarang bukan macam ulama zaman dahulu..sekarang ramai ulama politik..ada yang bertopengkan ulama..ada “ulama” yang tutur katanya penuh kata nista dan cacian..penuh fitnah..dan pengikutb pulak bersorak gembira mengiyakannya dengan alasan ulama tersebut pewaris ulama..sume dia cakap tu betul..??!!ada ulama yang menghalalkan segala tindak tanduk sahabat politik demi melihat objektif politik itu dapat tercapai..rakyat dan umat islam zaman sekarang sudah boleh membezakan ulama yang benar2 bekerja untuk pembangunan ummah dengan ulama politik. Rakyat dan umat sudah muak dgn politik sempit!!!Islam itu agama progresif dan dinamik..mari kita terus berusaha memajukan diri dan ummah dan tinggalkan politik taksub..!!Allahuakbar…!!!

  17. MyAvatars 0.2 anis kata :

    tamanalamnda,
    apa yg anda merepek ni kpd org kelantan? berapa banyak duit anda kena rompak oleh ank kelantan dan kalau kena curipun kin anda tak zakat dan memang paut le.
    lain kali jgn tuduh semborono je, sepatutnya anda kena kenal hati budi anak kelantan, peramah dan kalau dah berkenalan sanggup bergadai beb……..

    tentang hujah bakar stadium tu memang saya sokong itu x rasional tapi bukanlah anak kelantan je ramai yang menumpang nak jadi anak kelantan…………..hebatkan anak kelantan?

    saya rasa anda ni memang fras tak dilahirkan dikelantan,,,,,,,,,,,,,,selamat berkenalan.

  18. MyAvatars 0.2 TOKGARU kata :

    apasal tak brp ramai yg masuk ke blog nie.

    mcm jual barang tp orang tk brp mau beli jer. orang tak singgah beli. kenapa ? sebab kedai tak menarik ? sebab barang tak elok ? sebab tokeynya sombong semacam ? sebab pelayannya tak reti melayan (sombong macam tokeynya juga) ?

    kalu dah cam tu. kena mahasabah lah. orang tak berapa kenan dah. mungkin ramai orang yang dah nampak. kearah mana mereka hendak di bawa. mereka dah mula cuak takut tenggelam kerana terpengaruh dengan slogan retorik ” membangun bersama islam “.

    islam agama yang baik. tapi kekadang para pendokong yang menggelar diri sebagai ulama ni lah yang menakutkan penganut.

  19. MyAvatars 0.2 Linglung kata :

    Hidup Tok Guru, tak ketinggalan dalam arus cyber :)

  20. MyAvatars 0.2 Linglung kata :

    Hidup Tok Guru, tak ketinggalan dalam arus cyber :)

    http://akulinglung.blogspot.com

  21. MyAvatars 0.2 suliana kata :

    Assalamuallaikum, tok Guru,

    Dulu I cukup hormat dan kagum dgn tok Guru, nampak muka orang kata ada Nur biarp un I ada pahaman politik yang berbeza boleh duduk semeja dgn Tun M nampak senyum yang iklas dari hati biarpun pahaman politik yang berbeda ,Tok kata nak hukum Hudud Tun kata belum masanya bukan nya Tun menolak ,saya rasa Tun M pun cukup warak juga bila seseorang tak lupa solat dan selalu solat tahajjud ini dari sumber yang betul tetapi dgn rendah diri beliau mengaku belum arif sangat dgn ilmu agama dan beliau ingin mendalami ilmu ini selepas menjadi mantan PM,cukup jujur pengakuan beliau walaupun kena hina kena hentam caci maki tak habis walaupun tak berasas tetap dia “cool” tak ambil peduli tak pernah pun ada kata2 kesat keluar dari mulut beliau
    Cukup menyedihkan bila beliau dituduh kafir saya rasa itu sangat melukan hati beliau tapi beliau kan tahu Allah kan ada,

  22. MyAvatars 0.2 suliana kata :

    Sallam, Tok Guru yang Budiman,
    Benarkah Tok bencikan UMno apa yang mereka sudah buat ? mereka buat hidup tok guru susah? tidak tentram? sengsara ? Tok jatuh miskin kah disebabkan UmNo tidak tenang? Tok Guru kan Ulama besar, considered very learned Man, people respect you
    and to some extend even Tun M respect you too, but why you have become angry man people said angry man is hungry man are you? is it hungry for power?
    Sesama melayu Tok anggap kafir seolah olah kaki tok sebelah sudah ada di syurga tetapi dengan orang yang secara nyata memang kita semua sudah tahu membenci Islam tok anggap itu kawan ,apakah dunia akan kiamat nampak semua sudah terbalik, Tok kan Ulama besar, ketenangan dan kesabaran mesti diutamakan berbicara harus penuh dengan wibawa,dan kata2 manis sahaja yang mesti keluar dari mulut,dan pada kebiasaan seorang yang sangat learned terutama dalam segi agama tak akan menengking atau memaki hamun sesuatu perkataan yang keluar dari mulut mestilah manis dan tak menyakitkan hati tapi ini malah sebaliknya, tak habis2 cari kesalahan orang, menuduh,memfinah,sangka buruk dengan orang , mengapiapikan rakyat yang jahil, bertaubatlah sebelum terlambat Tok, so I can respect you again,

  23. MyAvatars 0.2 mohd salmizi kata :

    saya org kuat menyokong tok guru…dh 3x pru undi pas..masuk syurga dh rasanyo ambo…hk mana baru 2x undi tu..cepat2 undi kali yg ke3…

  24. MyAvatars 0.2 suliana kata :

    Halmizi, Sallam.
    Takde orang yang tahu bahwa kita pegi syurga jangan takabur kita hanya memohon dan berdoa selalu agar kita diterima di syurga kelak, ikut suruhan Allah,selalu bersyukur,jangan sangka buruk dgn orang lain ,jgn bongkak,bersedekahlah selalu Insya Allah,…

  25. MyAvatars 0.2 wanakev2 kata :

    Salmizi, betulkan akidah ko selagi belum terlambat..

    tok guru juga mnusia biasa.. cukup dengan menghormatinya… jgan sampai memuja2 dan mendakwa masuk syurga… tu akidah terpesong.. nauzubillah…

    malaysia blogger

  26. MyAvatars 0.2 Abe Dona kata :

    A’kum semua… dan terima kasih kepada yang membaca..
    Suka nak saya ingatkan walau dah mengundi pas 3 kali belum tentu akan masuk syurga. Tu hanya moto parti untuk memancing pengundi. bertobatlah sekalian manusia yang berpaksi pada ‘undi pas masuk syurga”. Dulu je sebut macam tu sekarang dah senyap sunyi dah… Syurga itu menjadi jaminan apabila mengucap 2 kalimah syahadah dengan lidah disertakan dengan hati dan diterapkan dengan perbuatan. Jangan tertipu dengan dunia politik. Renung-renungkan lah

  27. MyAvatars 0.2 ambo lie kata :

    salam ….
    manusia islam tidak akan sesat selagi mengikut al quran dan al hadis….’,,,,
    mcm mana nak ikut baca pun tak pandai…… jadi kena pergi belajar lah pada yang tahu…. jangan sombong kalau tak tahu….ok lah tu,,,,.rendah kan rasa ego…… gunakan akal yang waras… carilah kebenaran tanpa prangsangka………..allah hu akhbar……

Leave a Reply