Buat Duit Dengan Blog dan Nuffnang

Bermula dari Ahad ini (03/06/2007), blog yang menyertai komuniti Nuffnang akan mula menerima iklan berbayar di blog masing-masing. Ianya adalah kempen Cost Per Click (CPC) dimana penyiar iklan akan menerima bayaran antara 50sen hingga RM5.00 bagi setiap klik, bergantung pada pengiklan.

Iklan berbayar ini hanya akan keluar di blog yang menerima sekurang-kurangnya 20 orang pelawat sehari dan sebaik-baiknya adalah pelawat dari Malaysia sendiri kerana buat masa ini menurut Nuffnang, pengiklan hanya membayar untuk klik dari pelawat unik dari Malaysia sahaja.

Jika blog anda masih kekurangan trafik, anda masih boleh menyertainya di Nuffnang.com.my dan nuffnang akan terus memerhatikan trafik anda jika anda memasang kodnya di blog. Satu masa anda mungkin mencapai had minimum itu dan jika iklan sudah terlalu banyak mana tau nuffnang mungkin akan menurunkan hadnya.

Blog ini menerima sekitar 24 hingga 73 orang pelawat unik sehari, puratanya 40 pelawat sehari. Saya telah 12 hari meletakkan banner Nuffnang di ruangan Iklan Berbayar di sebelah kanan blog ini dan hampir-hampir mengeluarkannya kerana kelihatan seperti tidak ada apa yang berlaku.

Harap dengan berita terbaru ni, iklan akan keluar di ruangan tersebut. Bolehlah dapat duit sikit, dengan ini kena buat perubahan sikit supaya tidak terlalu banyak iklan bling-bling yang dipaparkan sekitar blog dan memeningkan kepala pembaca.

Kalau terlalu banyak iklan, conversion rate untuk kliknya jadi rendah sebab terlalu banyak pilihan. Penyelesaiannya, kenalah guna plugin supaya boleh rotate iklan tu. Di masa akan datang saya akan kongsikan cara memasang plugin untuk rotate iklan.

related articles



6 Responses to “Buat Duit Dengan Blog dan Nuffnang”

  1. MyAvatars 0.2 abdfatah kata :

    hihi… memang betul tu banyak sangat pilihannya… plugin rotate tu saya dah cuba guna dan hasilnya klik pada banner tu ramai jugak laa drp dilonggokkan banyak2 dalam satu blog untuk dilihat oleh pelawat. jika dilihat hanya yang itu sahaja yang ada, pastinya ada yang akan klik sebab tiada pilihan. kalu ada yang jenguklah iklan laa.

    opsss…tapi ada lagi iklan berterabur tu dalam blog saya… hihi

    kesian yer, banyak sangat pilihannya yang hendak dipilih.

    mereka datang mencari informasi bukan nak serahkan duit anda dengan begitu mudah. yer tak?

  2. MyAvatars 0.2 Sukeri kata :

    Tepat seperti yang dijanjikan, hari ini (Ahad) blog ini telah menerima iklan dari Nuffnang. Berikut adalah email yang saya terima dari Nuffnang :

    Hi Sukeri bin Mohamed,

    Congratulations!

    An advertiser has chosen to advertise on http://membuatblog.com/

    The advertisement details are as follows.
    Campaign: Exabytes June Campaign
    Campaign Date: 03-Jun-2007 until 09-Jun-2007
    Ad Unit: Skyscraper (Top)

    Please do not remove the mentioned Ad Unit from your blog in this period of time or you will not be paid the full amount of the ad.

    If you have a Skyscraper Ad Unit, please also ensure that it is placed high up the sidebar or the advertiser may choose the withdraw the ad.

    Thank you.

    The Nuffnang Team

  3. MyAvatars 0.2 taza kata :

    menarik saya dah lama carik plug in rotate harap anda dapat berkongsi terima kasih

  4. MyAvatars 0.2 Sukeri kata :

    Baiklah Taza, saya akan kongsikan nanti, cara pasang dia ada tricky sikit tak macam pasang kebanyakan plugin lain. Tengah fikir macam mana nak terangkan.

  5. MyAvatars 0.2 hazaldin kata :

    saya cukup berminat mengenai pengiklanan melalui laman web..saya mempunyai website yang di bina berasaskan ilmu dan’ travel ‘ rangking pengunjung dalam lingkungan 20 ke atas setiap hari jadi bagaimana untuk saya menyertai peluang ini adakah website saya ini bolih menyertai nya.

  6. MyAvatars 0.2 AkuLaNS kata :

    aku br sj trima cek dr Nuffnang RM50..kira ok dh tu..stelah 2 tahun brblog….

Leave a Reply