Kempen Bantu Rakan Blogger Kita
Selama ni kita asyik cerita pasal cari duit, buat duit saja, kali ni biarlah kita tambahkan keberkatan rezeki tu dengan membantu mereka yang memerlukan. Saya terbaca post ini di blog Alang dan terus buat keputusan untuk sama-sama terlibat. Tak ada siapa suruh saya buat ni.
Saya ingin turut sama membantu meringankan beban sahabat kita saudara Badruzamani. Saya dah lama memerhatikan beliau di forum Wangcyber tapi cuma kira-kira sebulan yang lepas berhubung dengan beliau atas kerjasama pertukaran link.
Dari beberapa email dengannnya saya dapati beliau memanglah seorang yang berhemah tinggi dan saya sungguh terharu seorang OKU yang baik seperti beliau menerima nasib seperti ini.Inil adalah kisah beliau untuk anda renungkan.
Nama saya adalah Badruzamani Bin Azmi. Dilahirkan pada 26 Mei 1976 di Batas Liku Arau, Perlis. Saya merupakan anak kedua daripada 7 adik beradik. Saya mula menulis blog sejak Jun 2006. Blog ini merupakan blog ketiga saya dan merupakan blog pertama saya yang menggunakan WordPress. Saya mula mengenali HTML sejak tahun 1999 dan mula serius membeli hosting berbayar pada Ogos 2006 apabila laman web saya di hosting percuma mengalami pelbagai masalah teknikal.
Pada tahun 1995, saya terlibat dalam kecelakaan jalan raya. Ketika itu, saya sedang menuntut dalam jurusan Sijil Elektrik Kuasa di Politeknik Sultan Abdul Halim Mua’adzam Syah(POLIMAS), Jitra. Sebelum kecelakaan itu, saya dalam perjalanan pulang dari melawat bekas guru saya di Sekolah Menengah Vokasional Arau pada pagi 30 April 1995.
Akibat kecelakaan itu, saya mengalami patah tulang belakang dan disahkan oleh doktor, lumpuh kekal dari paras pinggang ke bawah. Tulang bahu kanan saya pernah patah. Hampir 2 tahun, saya berada di Hospital Pulau Pinang sebelum saya mampu menulis semula. Kini kecederaan saya di bahu sudah sembuh sepenuhnya.
Tetapi, akibat tidur terlalu lama di atas katil hospital dan di dapat bergerak dalam tempoh yang lama kerana patah tulang belakang, kulit belakang saya melecet dan lebam yang sangat teruk. Jadi, doktor telah buang kesan lebam itu dan menyebabkan ‘luka besar’ (bedsore) yang sukar sembuh sehingga sekarang. Oleh kerana di bahagian luka itu, saya tidak merasa sakit (sebab patah tulang belakang / lumpuh), jadi tidaklah ‘meraung’ setiap hari. Namun kos untuk membeli seperti kapas, pampers, kain gauze, ubat / krim aloo vera dan sebagainya, memerlukan kos yang banyak setiap bulan.
Namun saya cuba untuk berjimat dan berusaha sejak tahun lepas untuk menambah pendapatan melalui laman web ini dan laman RahsiaNiaga.Com. . Saya cuba menyakinkan diri saya bahawa untuk berjaya perlu ada usaha, selalu berdoa, kena ada ilmu dan akhir sekali bertawakal kepada Allah dengan penuh sabar dan tabah. Itulah yang saya ‘pegang’ sebelum ini.
Tetapi, bila saya lihat akaun Maybank saya pada 30 Mei 2007 hanya tinggal RM 1.33,akaun Maybank 30 Mei 2007 sedangkan ubat untuk luka dan kain gauze sudah habis, bil Streamyx dan bil telefon belum dijelaskan lagi dan gas memasak dah habis, saya pening kepala. Boleh ka saya bersabar lagi?
Jika anda prihatin dan kasihan dengan masalah saya sekarang, bantulah seikhlas anda. Saya harap bantuan anda sekalian. Walaupun tak banyak yang mampu anda beri, saya tetap menghargai sumbangan anda. Semoga Allah membalas segala jasa baik anda sekalian. Amin…
Sila salurkan sumbangan anda ke akaun Maybank Al - Wadiah saya bernombor : 162021342824.
Terima kasih banyak - banyak kepada anda semua membantu saya. Semoga Allah murahkan rezeki anda sekalian. Amin…
Yang benar,
Badruzamani Bin Azmi,
1, Lorong Machang 4,
Taman Machang Manis,
14000 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang.
Sekiranya ada kemampuan, bantulah beliau. Biar saya berikan idea membantu tu.
- Sedekahkanlah sejumlah wang ke akaun beliau.
- Sewalah ruang iklan di blog beliau
- Belilah produk affiliate melalui blog beliau
- Berikan sokongan dengan cara mengwar-warkan kempen ini di blog atau web anda
- Doakan semoga beliau murah rezeki dan bebas dari dugaan ini
- Apa-apa sajalah yang anda fikir boleh membantu…
Ingatlah…satu yang kita beri, tuhan akan balas dengan sepuluh ganjaran. Adakah anda masih mempunyai perasaan simpati?. Jom kita beramal.
related articles
- Blog Tok Guru Nik Aziz (March 25th, 2009)
- Blog Raja Blog Raja Petra MalaysiaToday.net Disekat (August 30th, 2008)
- Membeli Sambil Menderma, Hosting RM15 Sahaja (June 23rd, 2007)
- E-Majalah Blogger Malaysia Pertama Dalam Bahasa Melayu (May 28th, 2007)
- Peluang Mendapatkan Free Domain Dan Free Hosting Untuk Blog Wordpress (May 15th, 2007)






June 23rd, 2007 at 7:41 am
[…] dari usaha komuniti web untuk membantu saudara Badruzamani saudara Md Hilmi telah membuat tawaran hosting pada harga yang sangat murah iaitu cuma RM15 saja […]
June 24th, 2007 at 4:03 pm
Saya baru dapat online hari ni setelah seminggu PC saya ada problem. Tak sangka ada hikmah di sebalik kejadian yang menimpa. Di saat saya hampir ‘berputus asa’, Allah membuka hati saudara dan sahabat lain membantu saya. Saya sangat terharu.
Pertolongan saudara dan sahabat yang lain, amat saya hargai dan berterima kasih banyak - banyak. Semoga Allah membalas jasa baik saudara dan sahabat yang lain jua.
Walaupun, saya tak dapat ‘detect’ siapa yang menderma untuk saya, saya mendoakan semoga mereka menderma kepada saya ini, Allah balas dengan 10 kali ganda kebaikan. Amin…
Akhir kata, apa yang mampu saya lafazkan “Terima Kasih’ yang tidak terhingga walau apa pun sumbangan dan sokongan anda semua.
July 22nd, 2007 at 9:28 pm
Bulih rasanya detect. Tapi dapat detect nama ajelah kt maybank tuh..susah nak cakap sebab kita tak penah merasa..
Putus asa itu sangat susah..
Tapi bangkit dari putus asa itu lagi susah..
September 12th, 2007 at 8:07 am
mudah2an badruzamani, dimurahkan rezeki dan mudah segala urusan…Amin
October 10th, 2007 at 1:19 am
mudahan awk sihat Badruzamani
February 10th, 2009 at 12:16 am
Mudahan macam tu la nampaknya kita kena saling bantu membantu xkira yg cacat atau yg miskin amin…