Oh Yes! Blog Ini Sudah Mendapat Ranking Yang Baik di Google

Hari ini bila saya taip buat blog di google, blog ini telah disenaraikan di muka depan google dengan lebih 1 juta web pesaing. Ini membuktikan blog wordpress memang mendapat tempat di hati pakcik google ni walaupun blog ini baru saja berusia dua bulan.

SEO atau Search Engine Optimization adalah satu taktik yang membolehkan kita mendapat trafik percuma dari search engine. Memang saya sudah merancang untuk menggunakan keyword buat blog supaya sesiapa yang mencari maklumat bagaimana untuk membuat blog melalui search engine akan menemui blog ini.

Apakah faedahnya selepas saya mendapat trafik ini, well…jeling-jeling gambar-gambar ebook kat sebelah kanan tu atau iklan adsense yang keluar sekali sekala. Faham-faham aje la.

Apakah rahsianya saya dapat mencapai kejayaan kecil ini?. Ok saya kongsikan di sini caranya:

  1. Dapatkan domain yang ada perkataan buat blog -> membuatblog.com
  2. Letakkan perkataan buat blog pada tajuk -> Cara Membuat Blog Wordpress, tapi sekarang dah tukar sikit, ada buat duit pulak.
  3. Letakkan perkataan membina blog pada sub title -> Panduan & Tips Membina Blog Wordpress, ni pun dah tukar sikit.Tengok kat atas tu.
  4. Buatkan katogeri / tag Cara Membuat Blog, lihat kat bahagian Katogeri tu
  5. Linkkan blog ini dengan beberapa blog saya yang lain, supaya search engine boleh jumpa. Saya tak submit pun blog ini ke search engine.
  6. Cuba update blog ini sekerap yang mungkin dengan kandungan yang unik, bukan main copy & paste.

Itulah antara strategi yang saya gunakan, mungkin anda boleh mencubanya dengan keyword pilihan anda. Selepas ini saya akan memulakan pula satu linking strategi yang mudah juga tapi saya lihat sangat berkesan. Ianya akan banyak membantu mengukuhkan kedudukan dan bertahan di search engine. Saya akan kongsikan tip ini kemudian.

Sementara itu mari kita lihat screen shot kedudukan blog ini di search engine. Mudah-mudahan ianya terus bertakhta di hati uncle google. Sila klik pada imej untuk tumbesaran.

related articles



8 Responses to “Oh Yes! Blog Ini Sudah Mendapat Ranking Yang Baik di Google”

  1. MyAvatars 0.2 Din Beramboi kata :

    Wah, tahniah En Sukeri…Alexa ranking pun dah makin baik nampaknya. beberapa hari lepas 3 juta lebihkan….tahniah2… :)

  2. MyAvatars 0.2 Amir kata :

    Tahniah..en.Sukeri atas kedudukan di SE google tu..

  3. MyAvatars 0.2 Bat kata :

    Aha..saya baru perasan keyword buat blog ni..

    p/s: tak sangka lak blog saya pun tersenarai sekali..Teruskan usaha anda.. :)

  4. MyAvatars 0.2 Tuan kata :

    Wah tahniah Sukeri blog anda telah berapa tangga yg kedua untuk keyword ‘buat blog’. Syabas
    daripada Tuan kai (Seo protheme Owner) also malaysian Blogger to: Majulah Blog Untuk negara!!

  5. MyAvatars 0.2 Sukeri kata :

    Terima kasih semua, ini cuma kejayaan kecil saja. Lagipun keyword buat blog ni kurang persaingan buat masa ni tetapi saya yakin ianya akan menjadi rebutan nanti selari dengan perkembangan minat masyarakat kita yang mula biasa dengan blog.

    Tuan, betul punya semangat la kau ni, ranking no 2 tu tak semestinya sama dengan orang lain lihat sebab server google banyak tapi kalau dah ada kat front page tu cukup bertuahlah.

    Sekurang-kurangnya kita mesti cuba dapatkan ranking top 30 sebab biasanya orang buka sampai page ni jer. Ranking yang baik perlu dibantu dengan Title dan sub title yang menarik, kalau dalam top 10 pun tapi tak ada ayat yang menarik untuk buatkan orang klik dan sampai ke web kita, kurang bijaklah dalam menggunakan peluang.

  6. MyAvatars 0.2 azwanhadzree kata :

    Bagus lah macam tu and tahniah. Lebih tinggi di Google, lebih byk traffic kan

  7. MyAvatars 0.2 armier kata :

    Moga anak Malaysia berjaya..

  8. MyAvatars 0.2 shaniago kata :

    wah bole juga nih blog nya….mau dong di link…hehehehehhe biar bisa numpang tenar gitu.

Leave a Reply