Padah Menggunakan Blog Percuma

Kisah benar yang diceritakan oleh Yaro Starak, seorang usahawan internet tentang pengalaman Steve:

Steve melakukan program Google Adsense dan mendapat pendapatan sekitar
$2000 dalam sebulan yang menggunakan blog percuma blogger.com.
Namun, pada suatu hari, tiba-tiba semua blog Steve telah lesap begitu saja
kerana pihak Google telah suspend blog beliau atas alasan Steve melakukan “Splogs”
(spam blog).

Dia kemudian menghubungi Google tetapi permohonannya ditolak dan semua
blognya gagal di kembalikan semula. Sungguh malang baginya kerana semua blog
beliau menggunakan satu akaun blogger. $2000 hangus dan lenyap begitu sahaja.

Alangkah bagusnya jika Steve menggunakan blog Wordpress yang dipasang pada
server sendiri. Padahal untuk memasang blog Wordpress amat mudah sekali dan
sistem wordpress adalah ‘open source’ iaitu percuma.Kos pula hanyalah untuk
beli domain dan hosting sahaja.

Kesimpulannya, jika anda benar-benar serius ingin melakukan perniagaan
internet
dan menggunakan blog sebagai medium, eloklah anda dapatkan
domain dan hosting sendiri yang kini harganya amat berpatutan dan mampu
milik.

Ambillah pengajaran dari cerita ini.Saya sendiri pernah kehilangan blog
peribadi di blogger, Cikgu Maizul juga pernah kehilangan blog yang sudah
popular di wordpress.com

related articles



20 Responses to “Padah Menggunakan Blog Percuma”

  1. MyAvatars 0.2 Maizul kata :

    Betul kata En. Sukeri tu kalau blog percuma ni bila-bila masa saja diorang boleh suspendedkan akaun dengan alasan melanggar TOS.

  2. MyAvatars 0.2 smartzul kata :

    Saya pun pernah kena juga. :)

  3. MyAvatars 0.2 Sukeri kata :

    Hah, tengok tu Sifu saya Smartzul pun ada pengalaman ni.Pandai sifu jumpa blog ni ya walaupun saya tak inform.

    Yaro Starak pun boleh sampai kesini semata-mata saya sebut nama dia dalam post ni.Entah dia faham tah tidak.

    Apa kuasa magic dia pakai ek?

  4. MyAvatars 0.2 Din Beramboi kata :

    Urm….saya pun nak buat blog sendiri la mcm ni. Tapi saya taktau nak install domain dan hosting tu. Boleh en.sukeri tolong? Dulu saya dah berminat nak buat blog sendiri, tapi ada sesuatu masalah yg menyebabkan hampir 2 bulan sy tak jalankan bisness internet.

    Saya newbie..baru dapat RM30 dari bisness internet. hehe..

    Ajar saya ok.. :)

  5. MyAvatars 0.2 Din Beramboi kata :

    klu dapat blog mcm en.sukeri ni pun dah cantik…saya suka blog mcm ni.

  6. MyAvatars 0.2 Sukeri kata :

    Din Beramboi, jika anda mahukan blog yang macam ni saya berikan
    tiga pilihan :

    1. Anda boleh belajar secara percuma saja dari blog ini, saya ajarkan
    step by step tetapi akan mengambil masa yang panjang dan kena tunggu
    saya buat post tu satu persatu

    2. Anda boleh dapatkan ebook panduan membina blog dalam bahasa
    Melayu di www.membuatblog.com dan belajar dari sana termasuklah
    cara setup domain dan hosting.Tutorial dalam bentuk video juga akan
    disediakan.

    3. Cara yang paling mudah dan cepat, saya menyediakan khidmat
    setup blog termasuk domain dan hosting.Harganya cuma RM99 sahaja
    dan anda dapat blog dengan nama domain anda sendiri.Saya juga
    akan berikan bonus rahsia sekali.

  7. MyAvatars 0.2 Farah kata :

    Adeh..ye ker??blog i ni yg free nye..Klo kena delete,sayang nyer..Ader cara ke nak bt backup??Klo nak wat blog yg bayar nyer..Adeh..tak mampu..Klo i keje no hal but now i ni unemployed..2 yg ssh..Adoi…

  8. MyAvatars 0.2 Sukeri kata :

    Farah, memang ada cara buat backup dan pindahkan semua post kat blogspot tu ke blog wordpress. Jangan tanya saya tapi tanya pada rakan internet marketer saya yang dah buat benda ni.

    Namanya Asmawati, boleh contact dia di http://tambahpendapatan.com/blog/kenali_saya/

    Apa kata U join program affiliate dan letakkan linknya di blog U, dari situ U boleh dapat duit dan modalkan untuk beli domain & hosting sendiri.

    Paling murah yang saya tahu, RM53 dah cukup untuk dapatkannya.

  9. MyAvatars 0.2 abyks kata :

    Askum & salam sejahtera sumer.100% sokong.”Free Blog” so senang2la tokei dier nak buang.Sayer pun dah kene!!ish ish.Solution nyer ader.Tanya sifu Smartzul.Takpun jenguk jer http://blogwpress.com Panduan asas membuat blog wordpress.

  10. MyAvatars 0.2 azwanhadzree kata :

    Salah satu blogspot saya pernah kena, taip setelah saya contact admin blogger, diorang release balik dari status spams blog.

  11. MyAvatars 0.2 Din Beramboi kata :

    Dengan khidmat setup blog oleh En. Sukeri dan panduan membina Blog Wordpress, saya akhirnya telah berjaya memiliki blog kepunyaan saya sendiri. Terima kasih En Sukeri saya ucapkan.
    Kepada sesiapa yang masih belum mempunyai blog sendiri, saya syorkan anda mendapatkan khidmat En Sukeri segera. Dengan harga pakej serendah RM99, termasuk harga domain dan hosting, Ditambah pula dengan pemberian percuma bonus rahsia bernilai RM172..ia lebih daripada berbaloi… Dapatkan khidmat setup blog dari En Sukeri sekarang sebelum En Sukeri menaikkan harga pakej bila-bila masa sahaja.. :)

  12. MyAvatars 0.2 shueqry kata :

    asmkm Sukeri, pekabar?

    saya baru saja dapat release dari Blogger sbb disyaki Spam Blog. Nasib baik!

    Selepas ni, blog saya di domain sendiri akan terbit juga.. terjumpa blog ni dari MBL Taqiyuddin.

  13. MyAvatars 0.2 Sukeri kata :

    Waalaikumsalam Shueqry, saya baik saja, terima kasih. Iyalah, lagi selamat gunakan domain sendiri. paling malang kalau blog dah popular dan jana income besar tetiba lesap. Awak ni jumpa saja blog saya di sana sini.

  14. MyAvatars 0.2 abdfatah kata :

    hohoho… kena cepat2 dapatkan domain sendiri, jika tidak anda akan menyesal tak sudah sudah jika tak buat backup… saya pun kena warning juga dalam blogspot… lepas tu naik taraf ke wordpress percuma dan sekarang bergerak ke arah membuat blog masa kini yang terkini… hehe

    jangan biarkan blog anda kena suspend… bleh buat tajuk blog nih…

    tapi yang percuma tu untuk belajar berjinak2 dengan blog lepas tu bleh upgrade kepada yang berbayar. maklumlah buat blog sebagai hobi. tak gitu?

  15. MyAvatars 0.2 abdfatah kata :

    anda takkan rugi apa…

    pilihannnya antara dua sahaja nak rugi banyak atau nak rugi sedikit.

    maka anda tiada pilihan selain mendapatkan pilihan pelaburan yang menguntungkan untuk masa depan blog anda… ngeh2, ngeh2…

    macamlah blog saya punya kat sini… banyk pulak komen saya nih… panjang lebar… hihihihi…. tak rugi setup sendiri blog idaman hati…

    sekian terima kasih

  16. MyAvatars 0.2 buat blog percuma | blog setup sendiri » AbdFatah.com kata :

    […] taknak rugi klik sini. […]

  17. MyAvatars 0.2 Hamran Kasim kata :

    Salam..saya tak ada produk nak jual…boleh ker buat?…sekarang ni saya nak buat blog iklan aje..boleh ker? Syukran wa jazilan

  18. MyAvatars 0.2 SantosRenee35 kata :

    The home loans are useful for people, which would like to start their own company. As a fact, it is not really hard to receive a secured loan.

  19. MyAvatars 0.2 WAJA kata :

    saya baru nak mula……..newbie……..boleh en sukeri bantu saya dari a-z?

  20. MyAvatars 0.2 Hamdan Harun kata :

    Salam. Saya baru nak berjinak-jinak ngan blog tapi bila baca kes-kes macam ni dah jadi 50 - 50. Soalan saya, apa yang free, apa yang berbayar. Bayaran untuk bulanan atau bayaran untuk buat blog tu. Saya nak buat blog untuk kegunaan masa hadapan (untuk anak cicit). Lebih kepada data dan salasilah keluarga yang boleh dilayari oleh mereka di kemudian hari. Komen sikit dan berikan nasihat apa yang patut di buat. Takut juga bunyinya kalau blog disekat apatah lagi bila maklumat di dalamnya complete. Apa bezanya pula nak buat blog dan beli panduan dalam bentuk e-book? Pening dan serabut. Maklum la saya bukan orang IT sejati …

Leave a Reply