Theme Wordpress Untuk Adsense
Tak dapat dinafikan, hari ini ramai Adsense Publisher telah mengambil kesempatan atas kelebihan Wordpress untuk meningkatkan pendapatan dari program adsense mereka. Saya juga tidak melepaskan peluang ini dan membina blog-blog yang menjana pendapatan melalui adsense.
Satu contoh adalah blog adsense saya berkaitan breast cancer di sini. Bukan cakap kosong tapi memang boleh buat duit, lihat bukti cek yang saya terima dari google ni. Walaupun tak seberapa, jadilah untuk permulaan, lama-lama meningkatlah tu.
Seronoknya buat adsense ni kita tak perlu melayan karenah pelanggan. Buat saja website atau blog, masukkan iklan adsense dan dapatkan trafik ke web / blog tersebut. Bila pelawat klik pada iklan tu kita akan mendapat komisyennya. Jika jumlah komisyen dah melebihi US$100 pada bulan tu maka google akan poskan cek kepada kita. Senang bukan, teorinyalah. Praktikalnya jika usahakan sungguh-sungguh saya yakin anda juga akan menerima cek dari google tu.
Jika nak belajar, anda boleh dapat ebook dari Raja Adsense dalam bahasa Melayu tentang menjana pendapatan melalui adsense di sini. Kalau boleh faham bahasa Inggeris dan tak rajin sangat nak membaca dapatkan video tentang adsense dari Liz Tomey. Dia ajar dari mula sampai dapat income. Anda boleh dapatkan videonya di sini.
Baiklah berbalik pada tajuk asal post ini, berikut adalah theme-theme wordpress yang sesuai untuk blog adsense.
AdSense Wordpress Theme - Ads Minded

Themey AdSense Wordpress Theme

Pilkster’s SEO Adsense Wordpress Theme

Tim Yang’s Problogger Clean Theme

Setakat itu sajalah untuk kali ini, jika anda tahu dimana ada theme lain yang sesuai untuk adsense, sudi-sudikanlah berkongsi melalui ruangan komen.
related articles
- Wordpress Theme : Super Adsense (June 25th, 2007)
- Wordpress Theme : ProSense Adsense Ready (June 6th, 2007)
- Wordpress Theme : Freshy (May 24th, 2007)







April 30th, 2007 at 11:41 pm
Terima kasih atas info yang diberi..
Wow, gempak !!! Liz Comel…eh silap, Liz Tomey dapat USD10000 dari adsense…pompuan beb !!! Huh, terbakarnya.. haha..
Ok En Sukeri, Terima kasih atas info yg di beri.. Sy dah dpt maklumat tu from Liz Tomey tu..hehe.
Semoga En Sukeri berjaya sokmo..
May 1st, 2007 at 9:48 pm
Tak seberapa? byk jugak tu. so where did you get those breast cancers’ articles. PLR?
May 1st, 2007 at 10:50 pm
Azwan Hadzree, artikel tu saya cari dari pelbagai sumber, just google it. Ok saya nak beritahu kat mana ada banyak artikel dalam pelbagai bidang yang kita boleh gunakan.
Cuba jengok-jengok kat http://ezinearticles.com dan http://goarticles.com
May 1st, 2007 at 11:28 pm
oh, begitu.. you olah semula .. bagus idea tu. another curios question. kalau tak keberatan. berapa lama masa diambil utk kumpul adsense sebanyak tu
May 2nd, 2007 at 12:25 am
Cek itu adalah income Adsense saya untuk Jan+Feb, untuk Mar+Apr ceknya pun gitu juga, saya jangkakan akan terima cek tu dalam 15 haribulan Mei ini. Saya akan scan dan tunjukkannya nanti.
Kalau betul-betul fokus boleh buat lebih lagi, ramai yang apply strategi ni iaitu katakan satu web boleh hasilkan USD50 sebulan, macam mana kalau ada 10 web, dah ada USD500 sebulan. Kalau 100 web dah USD5000 sebulan, tukar kepada RM dah jadi 5 angka tu.
Makan gaji susah nak dapat pendapatan macam ni.Tapi letihlah kan nak buat web sebanyak tu kecuali kita serius dan fokus pada tu saja.
Tapi ianya tak mustahil, saya dah tonton video Liz Tomey ni, kalau tak silap dia ada 92 web adsense. Tak hairanlah dia boleh buat 5 angka USD sebulan. Malah ada yang buat 6 angka USD sebulan dengan Adsense.
Kelvin Hui dari Hong Kong dah membuktikannya. Cuba anda lihat web dia di http://trafficmanuscript.com Saya sedang berkira-kira untuk membeli ebooknya. Ini satu pelaburan yang menguntungkan.
Jangan ikut kebanyakan orang kita yang suka melabur dengan pelaburan internet yang banyak janji manisnya. Mereka malas nak usaha, cuma nak letak duit dan harap duit tu akan menjadi berlipatganda sedangkan pelaburan yang terbaik adalah untuk diri sendiri.
Melaburlah untuk mendapatkan ilmu gitu. Sorry..membebel pulak dah.
May 2nd, 2007 at 10:17 pm
Thanks for the tip bro. I belum lagi optimised my site for adsense or hv any MFA site. Mungkin akan cuba. Most of my income currently comes from PPP.
May 5th, 2007 at 5:13 pm
Urmmm…baguslah. Saya pun sedang nak menumpukan pada adsense ni. Belajar satu-satu orang kata….lepas adsense dah expert, tumpukan pada cara lain plk.
En Sukeri, sebelum saya guna themes Anaconda, memang saya nak guna theme AdSense Wordpress Theme - Ads Minded kat atas tu…tapi have some problem la.. ada something yg missing bila dah di upload ke hosting..
May 5th, 2007 at 7:51 pm
Kadang-kadang theme ni dah lama, tak diupgrade oleh penciptanya dan tak sesuai dengan WP versi terbaru.Nampaknya kena la cari theme lagi.
Cuba jengok-jengok kat http://themes.wordpress.net Kat sini boleh test run dengan WP versi terbaru. Selamatlah sikit.
May 19th, 2007 at 4:36 pm
Saya ada info dalam beratus topik tajuk siap dengan beratus link. Sila lihat site saya http://hotiklan.com/info
Semuanya siap dengan kod adsense. Hanya tukar kod anda saja. Dan upload. Berminat hubungi saya di mazrizani@yahoo.co.uk
May 21st, 2007 at 3:34 pm
Wahh, byk gak tu.. selamat ke kalau kita guna artikel kat situ http://ezinearticles.com dan http://goarticles.com
May 21st, 2007 at 3:57 pm
Itu la, kalau pakai artikel kat artcle directory dan Made For Adsense (MFA) template ni bermakna web kita tak unik dan duplicate content lagi. Ramai yang memperkatakan tentang isu duplicate content ni. Ada kata web kita akan dikenakan penalty oleh google dan tidak akan mendapat ranking yang baik. Ada kata tak jadi apa.
Pengalaman saya sendiri menggunakan duplicate content, dua web saya dengan keyword jawatan kosong dan melayu boleh kedua-duanya ambil content dari web lain. Untuk keyword melayu boleh sudah beberapa bulan web saya duduk kat top ten di google dan masih lagi.
Untuk keyword jawatan kosong pula pernah juga bertahan lebih enam bulan top ten di google tapi hari ini tak tau mana dah hilang tapi masih lagi ada pelawat sekitar 200 hingga 300 orang sehari yang datang dari yahoo dan MSN.
Apa pun yang terbaik, sediakan content yang unik dan fresh. Kalau rajin scan dari majalah (convert to text) dan publish. Kalau larat nak buat la.
June 6th, 2007 at 9:30 am
oh begitu citernya… wah banyak jugak yer, saya belum join lagi google adsense nih. hanya guna theme adsense sahaja. hihi
June 12th, 2007 at 9:43 am
Nice article
Jadi nggak perlu repot untuk memasang adsense di wordpress theme
June 12th, 2007 at 10:11 am
Sudah lama saya perhatikan, blog ini juga banyak menerima pelawat dari Indonesia dan akhirnya ada yang beri komen.
Hi Budi S, selamat membaca dan terima kasih kerana membaca blog ini. Kamu dari Jakarta ya, kalau trace dari ipnya itulah maklumatnya. Bagaimana dunia blogging di Indonesia? Mungkin rancak juga agaknya kerana saya banyak menerima keyword belajar buat blog dari sana.
June 12th, 2007 at 11:34 am
[…] : http://membuatblog.com/theme-wordpress-untuk-adsense Thank you for reading this post. You can now Leave A Comment (0) or Leave A […]
June 12th, 2007 at 11:37 am
Betul En Sukeri … Saya dari Jakarta ..
.
saya lagi belajar ttg web jadi masih mencari2x bagaimana cara masang adsense yang tepat
Ternyata adsense malaysia sama ramainya dengan indonesia juga …
June 12th, 2007 at 12:49 pm
Budi…anda bisa memasang blog+adsense dgn mudah..Upah Pak Sukeri untuk Memasang..
June 12th, 2007 at 2:13 pm
Terima kasih Sukeri untuk info templatenya. Sangat berguna buat saya para pemakai blog di Indonesia. Sukses untuk Sukeri.
Salam hangat dari Lilis - Indonesia
June 12th, 2007 at 4:31 pm
Biasa dipanggil Sukeri, kapan nanti di panggil bapak Sukeri pula, aduh. Salam hangat juga buat Lilis. Maaf kalau ngomongnya enggak betul.
June 17th, 2007 at 12:51 pm
Terima kasih Sukeri, saya dari Papua Indonesia. Situs2 adsense-nya pakai theme yang mana? Terima kasih.
June 17th, 2007 at 1:30 pm
Hardi, situs-situs adsense saya guna macam-macam themenya. Situs ini juga ada adsense tapi mungkin enggak keluar adsensenya kerana kekurangan Adwords advertiser dalam Bahasa Melayu.
Kamu boleh cuba mana-mana theme yang sesuai, mungkin juga perlu ditukar-tukar dan lihat mana yang beri pulangan terbaik.
June 17th, 2007 at 6:57 pm
Sukeri, info Anda sangat bagus dan berarti. Thanks you so much.
July 2nd, 2008 at 8:15 am
wah dah dapat cek pakcik google…saya ni belom dapat lagi dah usd 90 tapi kena PSA kenapa ya…? di orang kat dah hnatar no pin tapi tak sampai2 pun…lama lagi ke..?
July 2nd, 2008 at 8:45 am
Sekarang ni saya tak terima cek lagi, terus dapat bayaran melalui Western Union. Lagi cepat, kalau hari ni google bayar, esok dah boleh tunaikan. Sebelum ni kalau cek tu biasanya 2 minggu baru sampai. Kalau tak sampai tu check la alamatnya betul tak?.
Dapatkan ebook percuma di http://www.MenjanaWangAdsense.com
January 7th, 2009 at 10:25 am
Salam kenal dari Netter Indonesia…….
June 4th, 2009 at 4:06 am
[…] Theme Wordpress Untuk Adsense Belajar Cara Membuat Blog Posted by root 1 day 15 hours ago (http://membuatblog.com) Rahsia buat duit dengan blog dan google adsense dengan liew cf you can now leave a comment 0 or leave a belajar cara membuat blog wordpress cari duit dengan blog is proudly powered by wordpress Discuss | Bury | News | Theme Wordpress Untuk Adsense Belajar Cara Membuat Blog […]
October 26th, 2009 at 7:27 pm
Info bagus. trimakasih